Aug 20, 2007

...and I've been TAGGED!

Aku rasa dah berkurun si Bellabedot tagged aku. Entah zaman bila laa I nak siapkan taggednyer tu.. Sebabnyer, I tak penah seriously nak terpikir perkara-perkara pelik mengenai diri aku nih. Dan sebab tu lah jugak agaknye I took a very long time to find out perkara-perkara pelik about myself. So, okayla..kat bawah nih I managed to list out the 6 weird things about ME…check it out!!

1. Makan ikan yang dimasak di umah aje. Entahlah, pasal apa tatau. I akan pilih untuk makan ayam kalo makan kat kedai. Mungkin sebab I rasa ikan yang dimasak kat kedai nih tak bersih penyediaanya. Nak-nak lagi kalau ikan tu tak betul-betul disiang, lagi la I tak makan. Macam insang atau siripnya masih ada, tak betul-betul dibuang, I takkan makan ikan tu. So far, ikan yang betul-betul I makan kalo makan kat kedai ialah ikan pari. Kalo masak asam pedas memang peberet I..

2. Aku tak suka makan durian for the last 10 years or so. Ntah kenapa, sebab dulu masa I kecik sehinggalah I berumur belasan tahun mcam tu, memang I ‘hantu’ durian. I still remember when I was 9-10 years mcam tu, my dad beli durian kat Chow Kit berbakul-bakul. Masa tu we ols memang stay kat area-area tu. Nak-nak lagi bila tengah-tengah malam kat Chow Kit tu berlambak durian-durian yang baru sampai dari merata tempat. Masa tu I melantak durian sampai hengat donia…lepas satu biji ke satu biji! Tapi sekarang jangankan makan durian, bau durian pun I dah tak suka lagi. Siap boleh kata ‘busuk’ bau durian tuh. Langsung I tak sentuh biarpun ada yang orang panggil durian ‘kucing tido’ ke hapa ke, I tak heran dah. Mak aku cukup pelik pasal nih. Dia pelik sebab dulu, anak dia nan tembam sorang ni pantang nampak/terbau durian, mesti nak makan durian jam-jam tu jugak. Sekarang nih terbalik lak, pantang terbau durian mesti larikk jauh-jauh…..

3. I love make ups very much…Sekarang ni kalau di kumpulkan semua lipsticks, blushers, mascaras, eyeshadows, foundations, face powders segala mak nenek tu dah boleh complete satu kedai jual benda-benda nih semua. Ada yang dah bertahun I beli tapi masih elok tak berpakai. Sebabnya I ni jenis yang kalo dah suka pakai yang itu, yang ituu jerla aku tenyeh sampai lupa yang lain.. dah tu pulak, ada saja nak beli walaupun tau yang lipstick or mascara or powder dah berlambakkk kat umah. Lepas tu, I jarang sekali ber’makeup’ waima pakai face powder sekalipun. I nih ber’make up’ ikut mood and tengok occasion. Selalunya, kalau I ada meeting or nak kena jumpa clients barulah I pakai bedak, lipstick bagai..kalo tak muka aku mcam beruang Panda..sebab dark circle ku sungguh la teruk dan ketara nampaknyer..

4. Senang sangat meleleh air mata nih. Tak kira la apa sebabnya kalo I rasa terharu atau sedih pasal sesuatu benda/perkara I akan menangis..cengeng! Adik I selalu gelak kan I everytime we watch TV. Kalo ada part-part yang sedih tak berapa sgt tu pun I boleh menangis beriya-iya bonar…apatah lagi kalo part yang sedih giler, lagilaa I siap terisak-isak. Dulu, ada satu insiden kat kedai makan, kat mana ntah aku lupa dah.. ada la sorang lelaki buta nih ngan anak kecik dia datang kat kedai yang I & my mum tengah makan. Anak dia masa tu tengah menangis, sebab apa tatau lak..mungkin jugak sebab lapar. Dahla dia teraba-raba nak makan, sekali tu ntah macamana ntah pinggan nasi dia terjatuh. Dia teraba-raba kat bawah meja nak kutip nasi & lauk tu balik sambil pujuk anak dia supaya sabar, jgn menangis. Halamak.. masa tu I dah nak menitik air mata dah menengok kan insiden tu. Neway, ada la sorang ‘Hamba Allah’ yang baik hati telah meminta dan membayar makanan yang baru untuk lelaki buta tu…

5. Boleh dikira berapa kali I keluar umah lepak ngan member. I lebih suka dok melepak kat umah sebenarnya. Even weekends pun kalo tak de benda apa sgt nak buat, I just love lepak umah dok mengadap TV. Sampai kan my dad pun boleh kata ‘ ko nih dah macam ikan paus dah aku tengok, bawak-bawak la berjogging ke hapa ke..’ hehehe…Rumah I ni betul-betul depan tasik u ols..so, takat u ols melaung panggil I seberang jalan depan umah I ni memang takde masalahnyer..tapi I tak penah jejak kaki lagi pegi tasik tu, abis macamana nak jogging??

6. I have never been in love…Too good to be true, huh?..Well, that’s the truth. Sungguh, I tak tau macamana rasa di lamun chenta. I mean to be loved and to love someone..hehhe.. Setakat syok sendiri tu ada laa, minat kat orang tu ada laa..tapi takat sorang-sorang jer laa…


So guys, inila serba sikit yang tak seberapa pasal diri ku inniew…Sorry Bella, berjinggut ko nak tunggu aku hapdate ek…